Mencari kereta sewa
mengikut spesifikasi anda sendiri?

Kami menyediakan servis sewa kereta, MPV dan van
pandu sendiri untuk anda. Jaminan kami, harga sewa yang berpatutan
dan servis yang tip-top.

Tempah Kereta Anda Sekarang!

Misi Kami

Fokus kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan kenderaan sewa yang terbaik dengan kadar harga yang berpatutan untuk anda. Tidak kisah untuk kegunaan perseorangan, perkongsian dengan sahabat handai, mahupun dengan keluarga, rangkaian kereta, MPV dan van kami mampu untuk memenuhi keperluan dan permintaan anda. Kami sentiasa menambah baik mutu servis dan melebarkan sayap kami di hampir setiap bandar-bandar besar di Malaysia. 

Kenapa Kami

Kenderaan Pelbagai Rangkaian

Anda ingin menyewa seorang? Mahukan penjimatan hebat? Sewalah kereta Kancil/Axia/Viva kami. Perlukan ruang yang lebih luas dan selesa? Kami ada menyediakan MPV dan van. Mahu kelihatan bergaya? Kami mempunyai koleksi kereta premium.

Kondisi Kenderaan Terbaik

Kami sentiasa memastikan kereta-kereta kami bersih dan berbau wangi untuk keselesaan anda. Yang paling utama sekali, kereta kami diservis dari masa ke semasa agar anda lebih berkeyakinan untuk memandu, jauh dan dekat.

Cekap & Berpengalaman

Syarikat kami mempunyai pengalaman menguruskan perkhidmatan kereta sewa semenjak tahun 2009 lagi. Semua jenis masalah telah kami lalui. Ia menjadikan servis kami bertambah mutu dan bertambah cekap demi memuaskan hati anda sebagai pelanggan kami.

 

SUDAH BERSEDIA UNTUK MENGGUNAKAN
KHIDMAT KERETA SEWA KAMI?

 

Buat tempahan kenderaan anda di bawah. Anda akan dibawa ke website baru untuk proses transaksi.